PARA peminat konsert raja pop, Michael Jackson di London mungkin terpaksa berputih mata kerana bos-bos AllGood Entertainment cuba menghalang persembahan pop tersebut.
Menurut laporan media, bos-bos tersebut tekad menghalang siri konsert kerana mendakwa Michael telah melanggar kontrak.
"Satu kontrak yang ditandatangani pengurus Jackson, Frank Dileo pada tahun 2008 antara lain menetapkan penyanyi lagu `Heal The World' itu akan menampilkan diri bersama dengan adiknya, Janet Jackson dan adik-beradiknya dalam konsert tersebut," menurut sumber.
Mereka berkata perjanjian tersebut menghalang Michael daripada membuat konsert dalam tempoh 18 bulan, tetapi penyanyi telah melanggar kontrak kerana menandatangani konsert London 02.
Para promoter telah menghantar surat pemberhentian kepada penganjur-penganjur konsert Michael di London.