Jackie Chan tersilap menegur Putera William

Pelakon aksi, Jackie Chan memberitahu, dia tersilap menegur Putera William yang disangkanya Putera Harry ketika bertemunya pada Persidangan Pengharaman Perdagangan Hidupan Liar di sini, Rabu lalu.

Chan ketika bertemu waris kedua takhta diraja Britain itu, sempat mengucapkan tahniah ke atas Putera William di atas pengembaraannya ke Kutub Selatan kerana menyangka beliau adalah Putera Harry.




"Bagaimanapun, Putera William menyatakan bukan dia yang mengikuti ekspedisi itu, sebaliknya Harry.

Saya terus meminta maaf di atas kesilapan tersebut.

"Mereka kelihatan agak sama,'' katanya kepada akhbar The Times.

Chan berkata, waris kedua takhta Britain itu hanya ketawa apabila menyedari kesilapannya.

Bintang filem Rush Hour itu merupakan jurucakap badan kebajikan hidupan liar, WildAid. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.