Aktor Hollywood Leonardo DiCaprio dipilih jadi duta iklim PBB


Leonardo DiCaprio dipilih jadi duta iklim PBB

Bintang filem Hollywood terkenal Leonardo DiCaprio telah dipilih sebagai Penyebar Mesej Kedamaian untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Perlantikan itu telah diumumkan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon.

Aktor "The Great Gatsby" itu akan menjalankan kempen menjurus kepada isu alam sekitar dengan tugas pertamanya adalah bercakap mengenai perubahan iklim di New York pada 23 September ini.

"Pemilihan ini sesuatu yang membanggakan. Sebagai selebriti, saya berpeluang membantu menyebarkan mesej kepada seluruh dunia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar," ujarnya kepada media antarabangsa.

Ini bukanlah kali pertama Leonardo terlibat dalam aktiviti amal kerana dia sendiri mempunyai Yayasan Leonardo DiCaprio yang ditubuhkan pada tahun 1998 untuk menyalurkan bantuan kepada pelbagai badan amal seperti membiayai perlindungan harimau di Nepal, gajah dan hidupan laut.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.