Putera Harry dan bekas kekasihnya, Cressida Bonas yang merupakan seorang sosialit dilaporkan telah kembali bersama selepas berpisah pada April lalu.
Menurut satu sumber seperti dipetik daripada laporan Us Weekly, Harry dan Bonas telah dilihat menghabiskan masa bersama pada pertengahan September selama beberapa hari.Harry, 30, dan Bonas, 25, dikatakan telah menonton filem di pawagam dan menyambut hari kelahiran adik Putera William ini di Clarence House. Pasangan ini juga dilihat menari bersama.
Harry dan Bonas berpisah pada April lalu selepas dua tahun bersama, tetapi sumber terdekat merasakan ia bukanlah pengakhiran kepada hubungan mereka.
"Mereka putus buat masa ini, tetapi saya tidak merasakan ia untuk selama-lamanya. Hubungan mereka bermasalah ketika itu dan mungkin itu keputusan yang dipilih. Harry adalah seorang yang suka berehat sebentar dan mencuba lagi," ujar sumber tersebut.