Aktres jelita Mila Kunis reka cincin khas untuk para ibu


Mila Kunis reka cincin khas untuk para ibu

Selepas menyambut kelahiran puteri sulungnya pada September lalu, aktres jelita Mila Kunis ingin melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada para ibu lain dengan mereka 'cincin ibu' berbatukan zamrud.

Memetik laporan Vogue, Kunis yang merupakan duta global Gemfields iaitu pembekal terkemuka yang bertanggungjawab mencari batu permata berwarna telah menghasilkan cincin zamrud emas 18 karat dengan bantuan tukang emas, Marina B.

Hasil keuntungan daripada penjualan cincin ini akan digunakan untuk membiayai pusat bersalin di Zambia, Afrika Selatan yang berdekatan dengan lombong Gemfields.

Keuntungan jualan 'Motherhood Ring' akan disalurkan kepada
dana untuk membiayai Pusat Kesihatan Gemfields Nkana.
[Sumber Foto: Marina B]

"Hamil dan melahirkan bayi ke dunia adalah satu perjalanan yang menakjubkan. Berdasarkan sejarah, setiap budaya mempunyai cara tersendiri untuk meraikan berita gembira ini. Kebiasaannya dengan memberi hadiah kepada ibu atau anak.

"Secara tradisional, batu zamrud berwarna hijau ini melambangkan kehidupan baru sebagai seorang ibu, kebijaksanaan dan cinta sejati. Namun ia merupakan simbol harapan kepada kebanyakan budaya.

"Oleh itu keuntungan jualan 'Motherhood Ring' ini akan membiayai Pusat Kesihatan Gemfields Nkana dimana empat wad telah pun dibina dan akan memberi manfaat kepada komuniti tempatan," ujar Kunis.

Kunis dan tunangnya, Ashton Kutcher telah menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka, Wyatt Isabelle Kutcher pada September lalu.


[Sumber Foto: The Star 24]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.