Pengeluar filem terbesar dunia Sony Pictures telah membuat 'u-turn' apabila telah menayangkan filem kontroversi "The Interview" yang bermula semalam.
Dipetik dari Mynewshub, perkara itu telah dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Sony Pictures, Michael Lynton.
"Kami tidak pernah mengaku kalah dan berasa teruja menayangkan "The Interview" di AS dan ke seluruh dunia pula walaupun diancam penggodam siber antarabangsa."
Minggu lalu, Sony Pictures telah mengumumkan pembatalan tayangan filem lakonan Seth Rogen dan James Franco selepas syarikat itu digodam oleh penggodam pro-Korea Utara yang memberi amaran supaya tidak menayangkan filem yang memaparkan Perdana Menteri Korea Utara, Kim Jong-un mati dibunuh.
Tindakan membatalkan tayangan filem tersebut turut mendapat kritikan hebat daripada Perdana Menteri Amerika Syarikat, Barack Obama yang membidas pihak Sony Pictures yang tunduk dengan tekanan pihak luar.
Dalam pada itu, berikutan pengumuman oleh Sony Pictures, kedua-dua pelakon utama filem itu telah memuji tindakan Sony Pictures di laman sosial Twitter mereka berkata ia merupakan satu kemenangan moral dan berterima kasih kepada Obama atas sokongan terhadap filem itu.
[Sumber foto: 9to5mac]