Jualan lelong Michael Jackson dibatalkan


Jualan lelong Michael Jackson dibatalkan

Set catur bersadur emas Michael Jackson antara yang dilelong.

BOS sebuah rumah jualan lelong di Los Angeles dikhabarkan terpaksa membatalkan jualan lelong untuk hartanah Michael Jackson yang hanya beberapa jam dibuka untuk tatapan orang ramai.

Terdahulu, staf Julien's Auctions (JA) menghabiskan tempoh tiga bulan memindahkan lebih 1,000 barangan dari rumah Jackson, Neverland Ranch di California.

Dan Ketua Pegawai Eksekutif JA, Darren Julien telah bercadang untuk melelongkan semua aset tersebut pada bulan ini.


Bagaimanapun, kurang sehari selepas galeri dibuka untuk orang ramai, Julien membatalkan jualan lelong itu.

Seorang wakil untuk rumah jualan lelong itu enggan memberi komen mengenai keputusan itu melainkan berkata, "semua orang gembira (dengan keputusan tersebut)."



Antara barangan Jackson yang dilelong termasuk, limosin Rolls Royce, pintu pagar Neverland Ranch dan sarung tangannya yang bertatah berlian.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.