

Peguam kepada Raymone Bain yang pernah menjadi petugas publisiti kepada Jackson selama lima tahun, termasuk tempoh ketika Raja Pop itu menghadapi perbicaraan mencabul kanak-kanak pada tahun 2005, menfailkan samannya itu di Washington.
"Adalah amat dikesali kerana terpaksa berada dalam kedudukan ini, memfailkan saman terhadap majikan lama saya, seseorang yang saya sangat hormati dan sukai, Michael Jackson,'' kata Bain dalam kenyataannya.
"Saya dan Jackson mempunyai jalinan kerjasama yang lama dan rapat serta saling memberi manfaat. Malangnya, Jackson memilih untuk tidak menghormati syarat kewangan dalam hubungan kontrak kami,'' ujarnya.
Saman itu adalah drama perundangan terbaru yang menjerat kehidupan Raja Pop yang sedang bekerja keras untuk membina semula kerjayanya yang terjejas akibat tuduhan mencabul kanak-kanak empat tahun lalu.