Rain Terima Anugerah Khas Di QQ Music Awards
Walaupun tidak dapat beraksi pada konsert Twin Towers @live 2014 baru-baru ini, penyanyi dari Korea iaitu Jung Ji-Hoon atau dikenali sebagai Rain tetap gembira kerana beliau baru saja mendapat pengiktirafan dari negara luar.

Turut hadir pada acara gilang gemilang itu adalah Jay Chou, Jolin Tsai, Lang Lang dan Shila Amzah. Penyanyi ini turut berkongsi kegembiraan tersebut bersama trofi anugerah melalui laman sosial Weibo. Dalam statusnya, Rain berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya dan berjanji akan melakukan yang terbaik pada masa depan.
Kehadiran Rain di Beijing adalah untuk menjayakan sebuah konsert bersempena pelancaran album terbaharunya selepas dua tahun menyepi daripada sebarang aktiviti muzik..