Perjalanan hubungan percintaan antara Selena Gomez dan Justin Bieber sememangnya berliku sehinggalah wanita berusia 22 tahun itu 'menceritakannya' menerusi lagu single terbaru, "The Heart Wants What It Wants".
D alam satu temubual bersama Ryan Seacrest, Gomez sempat berkongsi tentang Bieber termasuk pendapatnya mengenai lagu tersebut serta mengapa dia mengambil masa setahun untuk meriliskannya."Ya, Justin telah menonton video dan mendengar lagu itu dan dia tidak marah, malah merasakan ianya sangat mengagumkan.
"Saya rasa ianya agak sukar. Dia (Bieber) agak cemburu dengan jejaka dalam video tersebut pada mulanya. Secara jujur, muzik adalah satu ekspresi dan jika anda menyuarakannya, ada yang akan terkesan dengan lagu tersebut. Ia sangat universal," ujarnya.
Walaubagaimanapun ketika ditanya mengenai status sebenar hubungan mereka, Gomez tidak mengiya atau menafikannya, sebaliknya berkata mereka berdua pernah melakukan kesilapan dan ia adalah untuk menjadikan diri mereka lebih baik.
Mengakui terpaksa menukar tarikh rilis lagu ini sebanyak tiga kali, Gomez memberitahu ia adalah berkaitan dengan perubahan dalam hidupnya dan dia perlu bersedia sepenuhnya dengan apa yang ingin disampaikannya.
Mari kita lihat muzik video "The Heart Wants What It Wants".