Pelakon popular Hollywood Amanda Bynes merempat di pusat beli-belah kerana pokai


Amanda Bynes tidur di pusat beli-belah kerana pokai?

Aktres bermasalah Hollywood, Amanda Bynes baru-baru ini telah dihimpit kontroversi terbaru apabila gambarnya tidur di atas sofa di sebuah pusat membeli-belah Beverly Centre di Los Angeles, California dirakam oleh paparazi.

Sejurus berita tersebut tersebar meluas di Internet, bintang "Harispray" telah memuat naik status di laman sosial Twitter mendakwa dia tidak mempunyai wang untuk menyewa bilik hotel.


"Saya tidak diberi wang untuk menginap di hotel, jadi terpaksa tinggal dengan rakan. Disebabkan tidak cukup tidur, saya tertidur di sofa Beverly Centre dan paparazi telah merakam gambar saya," katanya yang dipetik dari Kosmo!

Pada masa sama, Amanda turut menyelar kedua ibu bapanya kerana gagal memberikannya wang kerana mereka adalah pemegang akaun kewangan Amanda.


"Saya benci ibu dan bapa kerana mereka tidak memberi wang untuk membayar penginapan di hotel. Apa masalah mereka?

"Sekarang, peguam saya sedang berusaha untuk mengeluarkan nama mereka sebagai pemegang akaun kerana mereka tidak ada hak untuk mengawal kewangan saya.

"Kehidupan mereka sendiri pun bermasalah dan saya akan tuntut hak ke atas wang saya sendiri."

[Sumber foto: dailymail]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.