Pelakon Marion Cotillard, yang dikhabarkan menjadi punca perpisahan antara pelakon Brad Pitt dan Angelina Jolie, kini hamil.
Aktres berusia 40 tahun yang dikatakan masih bersama dengan kekasihnya, pelakon Guillaume Canet selama hampir satu dekad dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun, mendedahkan dalam majalah Closer bahawa dia sedang hamil, lapor Aceshowbiz.com.Walaupun Cotillard tidak mendedahkan siapakah bapa kepada bayi itu, khabar angin mengenai kecurangannya bersama Pitt menyemarakkan lagi spekulasi bahawa beliau adalah bapa kepada kandungan itu.
Pitt dan Cotillard memulakan penggambaran filem Allied di London pada Mac lalu. Menurut laman web itu, sumber berkata Jolie sangat cemburu dengan keserasian antara Pitt dan Cotillard di layar perak.
Marion Cotillard dilaporkan mengandung IMEJ oleh Paramount Pictures menunjukkan Marion Cotillard (kiri) dan Brad Pitt ketika bergandingan dalam babak filem Allied. - Foto AP
"Angie tidak dapat menerima adegan di ranjang antara Brad dan Marion. Rasa cemburunya di luar kawalan.
Brad cuba untuk meyakinkan dan menenangkan isterinya selama beberapa bulan, namun ia tidak berjaya. Gerak hatinya kuat mengatakan bahawa Brad curang terhadapnya," kata sumber.
"Angie bergelut dengan rasa curiga terhadap kesetiaan Brad selama bertahun-tahun, tetapi beliau tidak pernah begini cemburu dengan aktres lain selain Marion.
Dia sentiasa khuatir Brad akan melakukan perkara yang sama pernah dia lakukannya terhadap Jen (Jennifer Anniston)," tambah sumber itu.
Walau bagaimanapun, sumber berkata kepada The Mirror: "Marion dan Guillaume sangat bersyukur dan gembira dan khabar angin begini bukanlah sesuatu yang ingin didengar oleh Marion." - Agensi