20 Sept - Pasangan aktres dan aktor popular, Angelina Jolie dan Brad Pitt mungkin dilihat antara pasangan yang paling bahagia di dunia sehingga diberi jolokan Brangelina oleh media hiburan.
Namun semua itu musnah apabila Angelina Jolie baru-baru ini memfailkan penceraian dengan Brad Pitt selepas 12 tahun mereka bersama dan dua tahun berkahwin.Angelina meletakkan tarikh 15 September lalu sebagai tarikh perpisahan.
Sumber Dailymail memberitau, keputusan itu diambil oleh Angelina Jolie selepas aktres itu tidak berpuas hati dengan cara Brad Pitt menggalas tugas sebagai bapa dan juga tidak dapat menahan masalah baran Brad Pitt.
Pasangan yang terkenal dengan filem Mr & Mrs Smith itu mula bercinta pada 2005 namun berkahwin pada Ogos 2014.
Pasangan itu mempunyai enam anak iaitu Maddox, Zahara, Shiloh, Pax, Vivienne dan Knox.