Peluang bertemu Running Man Song Ji-hyo di di Jalan Bukit Bintang 1 Oktober 2016

PESERTA wanita dalam rancangan Running Man, Song Ji Hyo.
Peluang bertemu Song Ji Hyo di ibu kota bulan depan

Peminat program popular Korea, Running Man, pastinya teruja untuk bertemu satu-satunya peserta wanita dalam rancangan terbabit, Song Ji Hyo, apabila beliau bakal hadir pada pelancaran sebuah butik kasut di Jalan Bukit Bintang, di sini, 1 Oktober depan.

Peminat berpeluang berjumpa dengan Ji Hyo dengan mendapatkan lima keping pas untuk ke pelancaran butik kasut Shoopen menerusi peraduan yang dianjurkan.


Shoopen Malaysia akan menganjurkan peraduan beli dan menang bermula 16 September hingga 25 September ini. Pelanggan hanya perlu berbelanja RM200 ke atas untuk menyertai peraduan terbabit.


Lima pemenang bertuah akan diumumkan pada 26 September depan bagi memenangi dua pas setiap seorang, yang membolehkan mereka menghadiri sesi bertemu dan beramah mesra bersama bintang berkenaan.


Bagi pelanggan khas kedai itu pula, mereka boleh menikmati pembelian berganda dengan membeli kasut atau aksesori bernilai RM200 dan kemudian berpeluang memenangi dua tiket penerbangan ke Korea.


Manakala enam pemenang sagu hati akan menerima hadiah kotak kasut khas. Peraduan itu bermula dari 1 hingga 31 Oktober 2016.


Bagi mereka yang berminat menyertai peraduan terbabit, layari Facebook Shoopen Malaysia dan Instagram @shoopenmalaysia.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.