Raja pop, Michael Jackson dilaporkan bersedia menjalani pembedahan bagi merawat barah kulitnya beberapa jam selepas mengumumkan penundaan empat konsert di Britain.
Jacko bakal dibedah
Turut dikenali sebagai Jacko, penyanyi berusia 50 tahun itu dilaporkan terpaksa menahan kesakitan apabila pakar perubatan mencukur kulitnya bagi membuang daging yang berpotensi menjadi barah.
Lapisan kulit pada dada dan hidungnya juga akan dibuang.
Selepas selesai, Jacko akan menjalani ujian bagi membolehkan doktor menentukan sama ada dia perlu menjalani rawatan radiasi di kawasan terbabit.
Sementara itu, penganjur konsert berkata, penundaan persembahan pentas Jacko yang sepatutnya bermula pada Julai ini tidak ada kena mengena dengan rawatan dijalaninya.
Bagaimanapun, peminat terpaksa menunggu sehingga lapan bulan sebelum dapat melihat penyanyi pujaan mereka kembali beraksi.
Menurut Jacko, dia memerlukan masa lebih lama menjalani latihan bagi memastikan persembahannya benar-benar berkesan dan memuaskan peminat.
Persembahan pertama Jacko sepatutnya diadakan di Arena O2, London yang mampu memuatkan sehingga 20,000 peminat pada 8 Julai.
Akibat penundaan itu, konsert pembukaan akan diadakan pada 13 Julai.
Tiga konsert lain yang sepatutnya diadakan pada 10, 12 dan 14 Julai hanya akan dilangsungkan pada Mac tahun depan.
Beberapa peminat menganggap tindakan menunda konsert berkenaan sangat mengecewakan mereka.
Sarah Ketterer yang menempah dua tiket berharga lebih RM550 setiap satu untuk konsert 10 Julai, berkata Jacko menghampakan ribuan peminatnya.
Walaupun ditawarkan tiket untuk konsert tahun depan, Sarah tegas menolaknya.
“Ia memalukan,” katanya.
Ben Wood, 37, berkata dia amat marah dengan penjadualan semula konsert berkenaan.
“Saya tidak berminat menyaksikan Jacko,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Jacko dilihat keluar dari hospital di Beverly Hills sambil melambai ke arah orang ramai.
“Jangan bimbang, saya sihat,” katanya. - Agensi