Jackson tekad jayakan konsert walau ada kanser kulit

BERITA buruk untuk peminat Michael Jackson. Bintang handalan pop itu telah dikenal pasti menghidap kanser kulit.







Nuffnang Ads





Menurut laporan media, para doktor mendapati ketumbuhan sel-sel kanser pada bahagian leher dan sel-sel pra-kanser pada wajah Raja Pop tersebut.

Kehidupan Jackson semenangnya penuh dengan kontroversi. Misalnya, dia menjuntaikan bayi lelakinya dari beranda hotel, pelbagai pembedahan plastik, tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan pelbagai perkahwinan.

Perkahwinan Jackson yang paling heboh diperkatakan adalah dengan Lisa Marie Presley - anak perempuan Elvis Presley.

Berbalik kepada penyakit Jackson itu, para penyokong Jackson tidak perlu gusar kerana ianya boleh diubati.

Malah Jackson sendiri berazam pulih segera agar dia dapat menjayakan siri konsertnya.



Your Ad Here

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.