Angelina, Pitt tak serumah

Pasangan itu yang menyewa kediaman mewah di Long Island dengan sewa RM113,000 sebulan, kini bukan sahaja memlilih untuk tidur di bilik berasingan malah di rumah yang berlainan.

Nuffnang Ads




Brad Pitt dan Angelina Jolie baru-baru ini menafikan laporan hubungan mereka berdepan dengan masalah.

Namun, jika dilihat gaya mereka menjalani kehidupan seharian, nyata Pitt dan Angelina memang menghadapi maalah.

Pasangan itu berpindah ke Seacroft Estate yang seluas 24 ekar apabila Angelina mula menjalani penggambaran filem Salt, Februari lalu.

Mereka bersama enam anak, termasuk 18 pembantu, tidak mempunyai masalah untuk memenuhi rumah 10 bilik yang berdepan dengan laut dan dikelilingi lapan rumah kecil.

Namun, sumber di Long Island mendedahkan, aktres itu sering tinggal seorang diri di rumah itu tanpa Pitt.

"Mereka akan tidur sejauh mungkin antara satu sama lain, bukan setakat bilik berasingan tetapi rumah berasingan.

“Angelina menghabiskan sebahagian besar masanya di rumah kecil sementara Pitt di rumah utama yang mempunyai 10 bilik itu.

“Pitt sering tidak ada. Dan ia mengecewakan Angelina dan menjejaskan hubungan mereka," kata sumber itu.

Satu sumber lain berkata: "Pitt tidak ada di situ dan tidak ada siapa yang tahu bila Angelina akan meninggalkannya. Dengan anak yang ramai dan masing-masing sibuk, pasangan itu sering bertengkar."

Pendedahan bahawa pasangan itu tidur di rumah berasingan meningkatkan lagi spekulasi bahawa hubungan mereka berada di penghujungnya selepas empat tahun hidup bersama tanpa berkahwin.


Your Ad Here

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.