'Saya menyesal besarkan payu dara'

Besarkan buah dada tiga kali untuk jadi aktres

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Pelakon Denise Richards mendedahkan bahawa beliau menjalani tiga pembedahan untuk membesar dan mencantikkan payu dara tetapi mengaku serik dengan tindakan itu. Beliau juga sedar apa yang dilakukannya adalah satu kesilapan besar. Pengakuan mengejutkan itu dibuat kepada pengacara Howard Stern ketika ditemuramah dalam satu rancangan bual bicara Radio Satelit Sirius, kelmarin.

Dalam temu ramah itu Richards, 38, berkata payu daranya hanya kelihatan tulen dari luar tetapi tidak di bahagian 'dalam'.

Aktres itu berkata, beliau menjalani pembedahan pada usia remaja ketika bertungkus lumus mencipta nama dalam industri perfileman dan belum matang untuk membuat keputusan.

"Ketika itu, saya berusia 19 tahun dan melihat teman sebilik saya mempunyai payu dara yang cantik. Dia memberitahu baru selesai menjalani pembedahan membesarkan payu dara dan menyarankan agar saya melakukan perkara serupa.

"Saya masih muda ketika itu dan tidak tahu apa yang baik untuk saya, jadi tanpa berfikir panjang saya terus melakukannya" katanya.

Malangnya, Richards tidak bernasib baik kerana apabila pembedahan selesai, beliau mendapati saiz payudara baru itu tidak sesuai dan terlalu besar untuk tubuhnya.

"Berikutan itu, saya menjalani pembedahan kedua tetapi sekali lagi saya ditimpa malang apabila terlupa memberitahu doktor supaya mengecilkan payu dara saya. Doktor berkenaan membentuk payu dara menjadi lebih besar," katanya.

Jadi, beliau terpaksa menjalani pembedahan kali ketiga untuk mendapatkan saiz yang sesuai dan pembedahan kali ini berjaya.

"Kini saya sudah lupakan tindakan bodoh itu. Ia satu kesilapan besar. Saya patut melakukan lebih banyak kajian sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya juga ingin menasihati wanita dan golongan remaja agar tidak melakukannya," katanya. - Agensi

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.