Kisah hidup Eva diselongkar

DILAHIRKAN dalam sebuah keluarga miskin di Texas, Amerika Syarikat dan pernah diejek oleh kakak-kakaknya sebagai wanita berkulit hitam yang hodoh, Eva Longoria Parker melalui kisah hidup yang cukup panjang sebelum mencipta nama sebagai antara bintang ternama dunia.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Popular menerusi drama bersiri Desperate Housewives dan memegang watak sebagai Gabrielle Solis, kisah-kisah sedih yang pernah ditempuhinya dahulu bagaikan hilang apabila beliau kini memiliki segala-galanya.

Terpilih sebagai Wanita Tercantik Dunia melalui sebuah ramalan pendapat antarabangsa pada tahun lalu, majalah Forbes pula menyenaraikan Eva sebagai wanita wajah televisyen yang menerima pendapatan paling lumayan di tahun sama.


Hasil pendapatannya dari Desperate Housewives dikatakan mencecah RM31.8 juta dan beliau juga menerima jutaan dollar melalui kontrak bersama L'Oréal Paris dan Bebe Sport.

Menyedari akan hebatnya pengalaman yang dilalui Eva, saluran E! menerusi rancangan E! True Hollywood Story (THS) akan menyiarkan kisah-kisah di sebalik liku-liku hidup aktres seksi itu.

Bakal bersiaran 21 Jun ini (Ahad) pada pukul 7.50 malam di saluran E! (saluran 712, Astro), paparan hidup Eva bermula semasa zaman kecilnya yang berubah daripada seorang kanak-kanak lasak kepada wanita cantik dan sensasi.


Berlangsung selama satu jam, THS tidak lupa menemu bual rakan-rakan baiknya termasuk dua pelakon Desperate Housewives iaitu Felicity Huffman dan Ricardo Chavira bagi mengorek rahsia peribadi Eva.

Turut berkongsi cerita mengenai Eva ialah rakan lama wanita itu, Mario Lopez dan George Lopez serta pencipta Desperate Housewives, Marc Cherry dan Presiden ABC Entertainment, Stephen McPherson.


Bertambah menarik, perunding perkahwinan Eva iaitu Mindy Weiss sendiri menceritakan tentang majlis perkahwinan Eva bersama Tony Parker di Paris.

Gambar-gambar eksklusif mengenai majlis perkahwinan itu juga akan disiarkan untuk tatapan penonton dan peminat Eva.



Tidak cukup dengan itu, siapa sangka bahawa Eva pernah dimahkotakan sebagai Miss Corpus Christi ketika dirinya berada di kolej pada 1998.

Semuanya itu didedahkan THS termasuk langkah-langkah awalnya menceburi dunia hiburan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.