Harry sesal tak sudah

KENANGAN LAMA...Harry ketika bersama Chesly sebelum mereka berpisah pada Januari lalu.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Putera Charles sesal tak sudah

Hanya selepas enam bulan berpisah, Putera Harry akhirnya mengakui kehilangan Chelsy Davy dan kini terdesak mendapatkan semula gadis kelahiran Zimbabwe itu.

Pada masa sama, hubungan anak Putera Charles dengan Caroline Flack berakhir selepas rahsia penyampai stesen televisyen seksi itu sampai ke pengetahuannya.

Kepada seorang rakannya, Harry, 24, mengakui dia ‘kehilangan sesuatu yang terhebat pernah berlaku dalam hidupnya’ apabila hubungannya dengan Chelsy berakhir pada Januari lalu.

Sumber berkata, Harry mengaku Caroline, 29, tidak mampu menandingi Chelsy, 23, sebagai gadis pertama dicintainya.

Hujung minggu lalu, Harry dan Caroline menghabiskan masa semalaman di apartmen peribadi anak bangsawan itu di London.

Bagaimanapun, kata sumber, Harry sedar hubungannya dengan hos rancangan Gladiators itu sekadar kawan biasa.

Berita perpisahan itu juga tersebar ketika kisah silam Caroline diketahui umum.

Laporan menyebut, Caroline pernah berasmara dengan anak lelaki legenda rock Ozzy Osbourne, Jack, 23, bersama seorang remaja lain.

Caroline turut dikaitkan dengan ramai tokoh terkenal dalam industri hiburan.

Sumber berkata, sebenarnya hubungan Harry - Chelsy berakhir selepas lima tahun kerana gadis terbabit bosan terus mengharap kepada anak raja itu.

“Laporan disiarkan menyebut seolah-olah Harry yang meninggalkan Chelsy, tetapi pada realiti, ia adalah sebaliknya,” katanya.

Semalam, Harry menghubungi rakannya di Cape Town, Afrika Selatan - bandar raya tempat Chelsy menetap ketika ini - untuk mengadu kesedihannya.

Sumber berkata, Harry mengaku pertemuannya dengan Chelsy adalah detik terhebat pernah berlaku dalam hidupnya.

“Jelas sekali Harry agak tertekan dan menyesal,” katanya.

Menurut sumber itu, Harry sangat berharap dapat menjalin semula hubungannya dengan Chelsy,” katanya.

Mengenai Caroline, sumber itu berkata, hos televisyen itu sekadar mampu menghiburkan hati Harry untuk seketika, tetapi kini terbukti ia bukanlah penyelesaian mutlak.

“Sepanjang mengenali Caroline, Harry berpeluang mengimbas semula percintaannya dengan Chelsy dan membuat perbandingan serta padah meninggalkan teman wanitanya itu,” katanya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.