Kirsten kembali sebagai Mary

Kirsten Dunst kembali sebagai Mary Jane

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Kirsten Dunst kembali sebagai Mary Jane

SPEKULASI tentang pembikinan filem sekuel keempat filem Spider-Man sudah lama kedengaran. Malah, pengarahnya Sam Raimi juga sudah memberi pengesahan bahawa Spider-Man 4 akan tetap menjalani penggambaran sebaik sahaja skripnya siap sepenuhnya.

Namun, persoalan yang timbul adalah adakah filem kali ini akan menyaksikan gandingan semula dua pelakon utamanya iaitu Tobey Maguire dan Kirsten Dunst?

Sebelum ini, heboh juga diperkatakan apabila dikatakan tempat Maguire akan digantikan oleh Jake Gyllenhaal berikutan aktor itu mengatakan dirinya sudah 'penat' untuk membawakan watak Spider-Man dan alter egonya, Peter Parker dalam tiga filem sebelum ini.

Biarpun perkara berkenaan masih lagi belum disahkan, tetapi penerbitnya, Todd Black mengatakan Dunst yang memegang watak sebagai Mary Jane sudah pun mengesahkan akan kembali dalam filem terbaru ini.

Pastinya, ia merupakan satu berita gembira buat peminat siri filem itu untuk menyaksikan Dunst kembali memegang watak berkenaan.

Dalam perkembangan lain, berkemungkinan besar dalam filem keempat ini perkahwinan di antara Mary Jane dan Peter Parker tidak mungkin akan menjadi kenyataan walaupun khabar angin bertiup kencang mengatakan mereka akan berbuat demikian.

Bukan itu sahaja, Black juga menjelaskan watak antagonis dalam filem ini bukanlah watak baru seperti yang didakwa sebaliknya ia merupakan watak yang sudah diperkenalkan dalam komik sebelum ini.

Tarikh penggambaran masih belum dapat dipastikan tetapi lokasi untuk filem ini masih lagi akan dijalankan di bandar raya New York seperti mana tiga filem sebelum ini.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.