Beckham bangga tayang tubuh

PIKAT PEMINAT...satu daripada gaya Beckham bersama seluar dalam jenama Giorgio Armani yang mula dilancarkan semalam.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sehari selepas membenam Andorra 6-0 di padang, bintang bola sepak England, David Beckham melancarkan kempen baru seluar dalam jenama Giorgio Armani, semalam.

Picture
Ketika ditemu bual, Beckham mengakui dia bangga tetapi ‘agak malu’ melihat imejnya dipapar di papan tanda besar dalam keadaan hanya berseluar dalam.

Pada gambar promosi itu, Beckham mengenakan seluar dalam hitam dengan logo helang Giorgio Armani yang mula dijual di kedai pakaian di Jalan Oxford, London.

Bintang bola sepak berusia 34 tahun itu kini dipinjamkan Los Angeles Galaxy ke AC Milan di Itali.

Picture
Isteri Beckham, Victoria, pernah digunakan Giorgio Armani untuk mempromosi pakaian dalam sebelum ini.

Dalam gambar terbaru kali ini, simbol seks England itu memberikan pelbagai gaya separuh bogel, termasuk berehat di atas kerusi dengan kakinya terkangkang.

Seutas tali melilit badannya yang ditutup lengan bertatu.


Model berusia 18 tahun, Georgia Palmer, mengakui kehebatan susuk tubuh Beckham dalam keadaan begitu.

“Dia sangat hebat,” katanya.

Sebelum itu Palmer dan ratusan peminat berebut-rebut menyaksikan penampilan tiga minit Beckham di London ketika syarikat kereta api bawah tanah mengadakan mogok sehingga menyebabkan seluruh bandar raya itu kelam-kabut.


Walaupun begitu, sesetengah peminat lebih menghargai Beckham sebagai pemain bola sepak berbanding model pakaian dalam.

“Saya lebih suka melihat Beckham beraksi di padang,” kata budak berusia lapan tahun dari Jerman, Ben-Jasper.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.